"Salam. My name is Sya'ban. I am advising you that my neighbour Ramadan will be visiting you soon with his wife Barakah and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grandchildren Rahmah, Maghfirah and Jannah. They will leave after 30 days by Eid Airlines. Treasure them and you will be blessed. Marhaban Ya Ramadan ya Kareem. May It bring lots of Nur in our life, insyaAllah. Selamat berpuasa, LSK!"
- Dari kengkawan, masa permulaan Ramadan. Dan aku pun syok membalas ucapan ucapan mereka. Dan rasa tak sabar nak 'berpuasa'. Betul betul punya puasa. Kalau boleh nak latih kaki sekali supaya selalu pergi surau. Tapi? Akhir Ramadan..?
Ampun Ramadan, aku kalah lagi tahun ini. Aku tak mampu nak terawih full tahun ni. Setakat 2/30. Ada yang berserta alasan kukuh, ada juga yang tidak/alasan lapuk budak malas. Tuisyen memang tak dapat elakkan, study pun. Sebab bulan lepas ada pra-SPM di sekolah. Malam memang study(konon). Tapi pra-SPM tu seminggu je. Tuisyen pun 2 hari je yang malam. Yang lain semua petang. Tapi masih, masih juga liat nak pergi terawih. 2 out of 30. Angan angan nak cari LailatulQadr pun terbengkalai, terkubur begitu sahaja. Aku yang kuburkan sendiri.
..Mengada
Tapi apa boleh buat? Ramadan nak habis dah. Masih ada lagi Ramadan untuk orang macam aku? Kalau tak sempat nak jumpa bulan paling berkat ni lagi macamana? Memang tak dinafikan, mood raya tu menyala-nyala. Sanggup ke KL, Jalan TAR, Sunway Pyramid, nak beli baju raya punya pasal. Ish kalau kasut tak match dengan baju, mula gelisah macam cacing kepanasan. Kalau tudung macam tak kena, lagi la. Sanggup beli tudung mahal asalkan betul betul kena dengan colour baju dan kasut. Belum handbag lagi. Sanggupnya nak redah siang panas terik tu. Tak rasa pun penat berpuasa. Bila malam pun sama. Lagi lagi lepas berbuka kan, perut kenyang pun tak hirau. Terawih apatah lagi. Shopping mood sentiasa ON. Alah.. esok kan boleh terawih.
..Nafsu semata
Entah lah, aku rasa sedih. Mungkin baru dapat rasa Ramadan yang tengah melambai sambil senyum dan bercahaya berkata, 'Selamat Tinggal'. Ergh. What can I say more? Jangan pergi? Dalam mimpi Yana. Itupun kalau sempat nak bertemu Ramadan tahun depan. Kalau sempat? Alhamdulillah. Tapi kalau sempat jumpa Ramadan walaupun untuk 20 tahun akan datang, tapi perangai masih tak berubah. Rasa leka masih melekat kuat dalam diri. Setan kena ikat, tapi dia tinggalkan nafsu. Setan memang setan. Setan kau, setan!