Saturday, February 19, 2011

Takziah jiran.

Haritu, Khamis. Balik kerja, adik terus serbu tanya 'Wei, kau tahu bapak jiran kita meninggal?'

Astaghfirullah, terkejutnya saya. Kalau meninggal sebab sakit tak mengapa. Tapi, cara arwah pergi menghadap Allah, Ya Tuhan.. Kalau aku jadi anak dia, sangat tak boleh diterima. Mintak jauh Ya Allah, lindungilah keluargaku dari sebarang kecelakaan.

Mati kerana dibunuh. Dibunuh. Leher dijerat dengan wayar telefon. Kaki dan tangan diikat dan mangsa dibiarkan terbaring dia atas katil. Suara radio dan televisyen sengaja dibiarkan kuat agar jiran sebelah tidak syak apa-apa. Ya Tuhan..

Walaupun saya tak pernah lihat arwah sebab dia dah bercerai dengan isteri dia yang berjiran dengan saya sekarang, tapi rasa simpati tu melimpah ruah. Plus, anak-anak dia rapat dengan saya dan adik saya. Lagilah kesian bila tengok wajah ceria yang dibuat-buat oleh anak-anak arwah. Disebalik lawak jenaka yang mereka cuba selitkan dalam perbualan kami tatkala kami sedang melepak, terselit jua garis duka sendu sedih kehilangan papa tersayang.

'Girlfriend arwah kata kalau arwah tanak kawin dengan dia, dia ugut bunuh.' - Mungkin itu suspek utama polis? Harap dapat tangkap cepat.

Sanggupnya. Manusia zaman sekarang begitu tegar. Melakukan perkara terkutuk sebegitu. Tak peduli apa perasaan orang tua, anak-anak mangsa itu. Perempuan pulak. Sanggup sial kau.

*aku tengah sedih ni, lagi-lagi tengok muka Fitri, namoak sangat cover sedih, sobs.

--

Saya pun macam nak kena tinggal dengan balak tapi lek la nyah, takyah bunuh-bunuh. TAK COOL LA YKNOW?!