Tuesday, March 22, 2011

Ok, harini. Saya tahu.

Semalam lepas balik kerja, berbulu gila aku semua text messages yang aku hantar tak delivered. Semua tak reply message aku. Message abah cakap suruh amik kat McD pun tak berbalas. Nak taknak kena call dia banyak kali. Ingatkan bila dah masuk kereta nak bebel kat abah kenapa tak reply message. Tapi, I yang kena sembur dulu.

"Nana ni delete la sikit messages dalam inbox tu. Ni abah hantar message je Maxis cakap memory Nana full." -PFFFFFFT

Ok la, ok la foine foine. jangan bebel dah saya penat ok bapak. Pastu dapat call pulak...

"Ni pergi mana ni? Dah balik belum? Asal orang message banyak kali tak reply ni?" -OK WHATHEHELL apehal dengan semuaorang period ke?

Rupanya bila I dah off on phone tu baru berderet messages masuk. Bukak-bukak hampir 95% wish goodluck, all the best for tomorrow and whatsoever shit.......tapi nak cakap thanks gak lah sebab rajin bazir kredit wish kat orang yang cuak tak cuak, endah tak endah pasal nak amik result esok ngahaha

Bukannya I tak peduli pasal result. Takut memang ada. Tipu lah kalau tak takut.Tapi SPM tu dah lama lepas. As promised, every March tahun selepas SPM tu mesti result keluar. I am not ready, to be honest. Still rasa nak enjoy sana sini kerja cari duit. Malas fikir nak sambung belajar kat mana. Even I am still unsure on what I am going to be in five years more. I still can't find what us the most suitable course for me bila nak sambung belajar nanti. Aku malas la nak fikir. Otak penat. Malas la nak hadap semua ni. Jap lagi pergi sekolah confirm ada yang sibuk bertanya 'dapat berapa?' or yang lebih manis sikit 'ok tak result?' atau mulut longkang 'banyak A?'. Semua tu nak kena hadap pasni. Uih, malas la aku.

Aku tak berharap, aku cuma berdoa meminta pada Allah agar keputusan SPM aku berbaloi dengan apa yang aku usaha sebelum ni. Aku bukan top student dalam kelas. Dalam sekolah jauh sekali. Aku pun selalu failed Maths. Fizik Kimia Akaun Admet ko takyah cakap lah.Tapi at least masa nak SPM tu aku push diri, usaha. Walaupun tak sehebat mana. Aku tak mintak nak dapat straight A's. Separuh dari itu pun dah cukup buat aku sebab aku ni pelajar yang sederhana. Mama and abah pun dah gembira kalau aku dapat keputusan yang selayaknya diri aku. Tu yang aku respect kat parents aku. Diaorang tahu apa level anak-anak, diaorang tak mengaharap lebih. Janji aku mampu jejakkan kaki ke Universiti. Mudah-mudahan.

So sekarang dah pukul 9.27 am. I am still infront of my laptop, atas katil tak mandi lagi. Tak gosok baju lagi. Tak pilih baju lagi. Aku malas weh. Malas yang teramat nak pergi sekolah jumpa kengkawan yang konon kawan kawan. Sekolah tu banyak kenangan pahit manis. Banyak pahit daripada manis. So aku pun macam malas nak imbau kembali kenangan-kenangan macamtu. Nanti jumpa kengkawan confirm peluk sana peluk sini. Cium sana sini. Segalanya nampak baik. Tapi sebenarnya ada hati yang masih busuk dengki mendengki dengan orang lain. Yeah, tu yang membuatkan aku rasa menyampah nak pergi jumpa kengkawan ni. Sebelum SPM kemain lagi mintak maaf nangis-nangis minta diampunkan salah silap diaorang. Tapi lepas SPM, ah lancar lagi mulut kali mengumpat sana sini. Pedih bodoh. Tu yang aku malas tu nak hadap muka-muka hipokrit alam semesta ni.

OUT OF TOPIC YES I KNOW! ok gtg, nak taknak kena hadap jugak. jangan tanya apa result aku. please. kalau tak aku sumpah korang jadi Indulgence. Dah ah sangap nak makan cake tu. Agak-agak lepas amik result abah nak belanja tak? Nanti mesti dia jawab, depends on your result lah. *Sigh