Friday, December 30, 2011

Kadang-kadang aku rasa, mana pentingnya aku sebagai girlfriend kau?

Thursday, December 22, 2011

Somehow, I just hate myself

Benci kerana terlalu suka memendam.
Benci kerana terlalu asyik menjaga hati orang lain.
Benci kerana selalu mengambil jalan tengah.
Benci kerana terlalu takut untuk bersuara.
Benci kerana selalu sakitkan hati sendiri.

Aku rasa hati aku dah tak macam rupa hati. Hancur. Dah barai. Macam aku.

Entah la, takpe la, ikut la -- Tu je yang aku boleh cakap sekarang. Takut nak cakap lebih-lebih. Karang salah tafsir maksud, perang lagi. Should I just shut my fucking mouth up and just fake a stupid smile to make everything okay? Kalau cakap, gaduh. Tak cakap, boleh jadi gila banyak sangat nak dipendam.

You tell me.

Im too tired of everything. I kesian kat my otak, sebab dapat tuan macam I. I ni jenis suka fikir. Benda kecik boleh fikir sampai nak tercabut otak. Mana tak migrain. Gelabah tak tentu pasal. Emo tak kena tempat. Penat aku macamani. Bila nak habis emo ni tah :(

Wednesday, August 10, 2011

Mama, abah. Amik lah Nana!

I hate it here. I hate the environment here. I hate it so much when I wake up & I have to eat lots of instant noodles for my sahur. It's not good. I taknak botak awal. I hate it here because the toilet is very dirty. I hate being here so much because I can't go for my tarawikh prayer during this fasting month. Discussions here & there. Tons of assignments to do. I hate it when everytime I woke up to go for my morning class, my kaki suddenly jadi lenguh. I hate it when I need to search for infos in the internet, the Wi-Fi annoys me. The broadband is effin slow and I end up click for the red button atas sekali belah kanan.

I hate it when I need my Ajim to talk to but he's not there for me. Handphone dia rosak :(


Most of all, there's so many sluts here. And I hate to see it.


Ya Allah, what is wrong with me? Bless me, Ya Rahim. I don't wanna sia-siakan this Ramadhan. Just because I'm not in a good mood right now. Forgive me.




Tuesday, March 29, 2011

Kita tak selalu di atas, bro.

Bila si 'abang' berkata tentang si'adik' kepada orang lain.. 'Ah poyo ah Yana tu sekarang ni. Sombong!'
Pedih doh. Asal dengan kau? Mentang-mentang dah ada awek, aku busy sikit kau dah menggelabah. Aku tak lepak dengan kau seminggu dah cop dahi aku budak sombong.


OK, takpe gua terima 'abang'. Semoga lu dengan awek lu bahagia pun gua dah senang bro. Tapi awek lu pun perangai sama busuk hati dengki mendengki. Takpe-takpe. Gua lek sudah. Peace.



Tuesday, March 22, 2011

Ok, harini. Saya tahu.

Semalam lepas balik kerja, berbulu gila aku semua text messages yang aku hantar tak delivered. Semua tak reply message aku. Message abah cakap suruh amik kat McD pun tak berbalas. Nak taknak kena call dia banyak kali. Ingatkan bila dah masuk kereta nak bebel kat abah kenapa tak reply message. Tapi, I yang kena sembur dulu.

"Nana ni delete la sikit messages dalam inbox tu. Ni abah hantar message je Maxis cakap memory Nana full." -PFFFFFFT

Ok la, ok la foine foine. jangan bebel dah saya penat ok bapak. Pastu dapat call pulak...

"Ni pergi mana ni? Dah balik belum? Asal orang message banyak kali tak reply ni?" -OK WHATHEHELL apehal dengan semuaorang period ke?

Rupanya bila I dah off on phone tu baru berderet messages masuk. Bukak-bukak hampir 95% wish goodluck, all the best for tomorrow and whatsoever shit.......tapi nak cakap thanks gak lah sebab rajin bazir kredit wish kat orang yang cuak tak cuak, endah tak endah pasal nak amik result esok ngahaha

Bukannya I tak peduli pasal result. Takut memang ada. Tipu lah kalau tak takut.Tapi SPM tu dah lama lepas. As promised, every March tahun selepas SPM tu mesti result keluar. I am not ready, to be honest. Still rasa nak enjoy sana sini kerja cari duit. Malas fikir nak sambung belajar kat mana. Even I am still unsure on what I am going to be in five years more. I still can't find what us the most suitable course for me bila nak sambung belajar nanti. Aku malas la nak fikir. Otak penat. Malas la nak hadap semua ni. Jap lagi pergi sekolah confirm ada yang sibuk bertanya 'dapat berapa?' or yang lebih manis sikit 'ok tak result?' atau mulut longkang 'banyak A?'. Semua tu nak kena hadap pasni. Uih, malas la aku.

Aku tak berharap, aku cuma berdoa meminta pada Allah agar keputusan SPM aku berbaloi dengan apa yang aku usaha sebelum ni. Aku bukan top student dalam kelas. Dalam sekolah jauh sekali. Aku pun selalu failed Maths. Fizik Kimia Akaun Admet ko takyah cakap lah.Tapi at least masa nak SPM tu aku push diri, usaha. Walaupun tak sehebat mana. Aku tak mintak nak dapat straight A's. Separuh dari itu pun dah cukup buat aku sebab aku ni pelajar yang sederhana. Mama and abah pun dah gembira kalau aku dapat keputusan yang selayaknya diri aku. Tu yang aku respect kat parents aku. Diaorang tahu apa level anak-anak, diaorang tak mengaharap lebih. Janji aku mampu jejakkan kaki ke Universiti. Mudah-mudahan.

So sekarang dah pukul 9.27 am. I am still infront of my laptop, atas katil tak mandi lagi. Tak gosok baju lagi. Tak pilih baju lagi. Aku malas weh. Malas yang teramat nak pergi sekolah jumpa kengkawan yang konon kawan kawan. Sekolah tu banyak kenangan pahit manis. Banyak pahit daripada manis. So aku pun macam malas nak imbau kembali kenangan-kenangan macamtu. Nanti jumpa kengkawan confirm peluk sana peluk sini. Cium sana sini. Segalanya nampak baik. Tapi sebenarnya ada hati yang masih busuk dengki mendengki dengan orang lain. Yeah, tu yang membuatkan aku rasa menyampah nak pergi jumpa kengkawan ni. Sebelum SPM kemain lagi mintak maaf nangis-nangis minta diampunkan salah silap diaorang. Tapi lepas SPM, ah lancar lagi mulut kali mengumpat sana sini. Pedih bodoh. Tu yang aku malas tu nak hadap muka-muka hipokrit alam semesta ni.

OUT OF TOPIC YES I KNOW! ok gtg, nak taknak kena hadap jugak. jangan tanya apa result aku. please. kalau tak aku sumpah korang jadi Indulgence. Dah ah sangap nak makan cake tu. Agak-agak lepas amik result abah nak belanja tak? Nanti mesti dia jawab, depends on your result lah. *Sigh

Thursday, March 10, 2011

Abe Kelaks.. galak demo!

**Kelaks ialah Clarks. Kasut Clarks tu ha. Kelate punya pasal :)

Since dah switched tempat kerja pergi G-floor. MJ menjadi lebih bermakna. WAAAHA, ok bukan sebab abe Clarks. Sorang. Sebab semua monyet-monyet yang jaga kasut sememangnya 'thumbs up' lah! Maybe sebab semua lelaki so aku boleh 'in' dengan diaorang. Perempuan dengan perempuan ni susah sikit nak kawtim lah nyah. Sori.

First, stor best nak mampos. Walaupun kerja monyet-monyet semua tu nak menakutkan aku je everytime aku kena pergi stor sensorang panjat tangga amik kasut.

"Yaaana, bebaik, ada tangan bulu-bulu pegang kaki nanti!!"
"Kau tak rasa ke kat atas tu macam ada benda tengah intai kau?"
"Cuba tegok kat lubang kotak kasut tu mana tau ada mata merah pandang Yana ke..."


Kan dah cakap, monyet will always be monyet. Always. Macam setans tapi layanz :D

Balasannya, bila diaorang dah takutkan aku, pastu bila Sembonia ada customer nak try kasut aku pun buat bodoh je. Takut punya pasal. Plus nak buli diaorang balik :D Bila diaorang rasa berbulu tengok aku jual muka buat taktahu kat customer, dorang lah yang terkedek2 panjat stok aku yang macam KLCC tu. Tu la, sape suruh takutkan si pengecut terunggul dunia, padan lah muka korang.


*Harap-harap sekuriti MJ takde yang reti bukak blog orang* :
Port tido, check!
Port makan karipap Ikea, check!
Port letak komik, check!
Port hisap rokok pun ada.
Semalam Dzul bawak 'stok' baru, majalah Ujang! Terbayek.

Tapi, dalam banyak-banyak monyet tu, masih ada yang jinak. Kelaks Kelaks Kelaks. Ehem. Tapi.. Kelate. Dah ah suka nyanyi lagu One In A Million. Versi Kelantan. Kau boleh? Mamat ni sorang je boleh.

Sunday, March 6, 2011

Balik ke zaman rempit la gamaknyerr.

Aku kerja. Kat Metrojaya, The Curve. Dulu jaga baju brand Smalto. Tapi sikalang sudah turun G-floor jaga kasut. Sembonia. Dah jangan tanya lagi aku keje mana, brand apa, tingkat bape. Penat nak ulang benda sama. Ngerti kamu?

Ye kengkawan, maafin gue. Gue udah nggak bisa dong keluar berhibur bersama kalian. Nggak, bukan gue nggak sudi kok. Cuma, gue terlalu biji(busy) kerja. Udah 3 minggu sih gue nggak dapat cuti. Hari-hari kerja aja. Maafin aku ya?

I miss my girlfwens, boifwens cho much! >:(

Duduk MJ straight for 3 weeks. Memang, memang cam neraka. Datang kerja, hadap sekuriti, masuk 'haunted' tandas yang selalu takde air, masuk floor pergi kaunter cepat-cepat. Kalau masuk pagi, bila dengar Lagu MJ terpasang, sila diri tegak macam lagu Negaraku tengah berkumandang. Konon hormat. Bersihkan kaunter, layan customer macam celaka. Suka nak try semua benda end up tak beli sekuman pun. Sakit hati I taw! Lepas tu keluar rehat, raba sessions! Relakan saja sekuriti meraba apa sahaja di badan kita. Nak check ada curi ke tak, bukan gila seks. Gay banyak ah. Sumpah doh.
Before balik pun, sekali lagi. Relakan saja mereka meraba body I yang kering ni.

MJ is full of rempits. Yknow? Tak kan. Yang muka dengan ekzos pun dah sama kaler. Yang style Apache ke apa ntah, tu semua ada. Ko gi la memana pun, kaum tu takkan pupus. Tapi.. lepak dengan dorang best gak. Kena pandai pilih mana rim motor yang baru / yang dah karat. I have a friend. Who's rempit. He/She also proud to call her/himself a rempit. Tapi dia best. Lawak. Dia merempit dengan balak/awek dia jela. Dengan kengkawan dia ok. Oh jangan label saya minah rempit pulak ye?! Saya bikin teman aja.

Ok, sekarang bukak fesbuk.. kengkawan saya dah pandai dah pakai tudung bermacam style. Saya je tak cuba lagi. Kerja maa, nak melawa watpe. Kang mati aku kena ngorat dengan sekuriti yang dah kedut seribu, gigi pun 5 batang hilang, dah ada bini 2 tapi gatal nak cukup kuota 4. Tapi rasa ketinggalan sangat pulak. Uihh, harap2 la wa tak dress up cam rempits der. Wa harap aa, lu jangan panggil wa rempit. Nanti wa panggil geng wa hentam lu.. *Ok, dah ada perisa perasa rempit sikit dalam ayat saya. OHNO!!



Curve takde ah hina sangat. At least aku ada jumpa mamat yang muka sama macam boifren aku kat atas ni.. Nak tengok gak? Gi Restoran An-Nurs, ada satu bangla muka cam Tyson Ritter gua, nama dia Monir -.-

Sunday, February 27, 2011

Nyah segala sakit hati. Ini last post untuk kau. Sumpah.

*Aduh, sakit hati saya awak buat camnih.*

Dulu, kemain. Sekarang, macam haram. Konon salah time la jumpa? Kalau salah time jumpa, kenapa kau gelojoh sangat dulu nak peluk aku, ikat kuat taknak bagi lepas. Bila dah tersimpul mati, kau mereput. Makin lama makin nak putus. Alasan, sepatutnya kita ikat bila kita dah dewasa. Bukan sekarang. Sekarang untuk main-main je. KEPALAHOTAKAU.

Two words for you my man. Two words.
Fuck You.

Tuesday, February 22, 2011

Back on track

I am living on my own now YEAY YEAY YEAY

Less sedih doh this time. Pelik kanz?! But yeah, I handled it pretty well. Less tears, less termenung sana sini, less buat muka sedih mintak penyepak. So proud of maslef yo. Awwuwuwuwuww *try taknak mencarut dekat si perobek hati, sabar sabar.

Kena pergi sekarang, nampaknya gua harus meng-deactivate kan blog, tumblr gua. Sebab gua busy kejar customer(duit). Gua nak duit banyak. Gua nak shop sampai lebam. Gua nak terbang pegi negeri omputih sana, gua nak bunuh Travis Barker. Puas hati gua.

Eh korang, cakap kat bapak korang, brand Smalto sekarang tengah buat fair kat depan cosmetic MJ, murah je. Shirt dari RM19.00-RM39.00. Pants/Slacks harga RM39.00

datang, jangan malu segan. Jumpa sono ya?

*EHBABILAKAUBUATAKUCMNIKAUINGATKAUHOTSANGATKE?KIMKGILAPERANGAI.PEGIMAMPOSAHKAU.GUATAKHERANLAH!

opss, tak tertahan. tangan gatal nak menaip walaupun takde idea. nak taknak, carut jela.

Saturday, February 19, 2011

Takziah jiran.

Haritu, Khamis. Balik kerja, adik terus serbu tanya 'Wei, kau tahu bapak jiran kita meninggal?'

Astaghfirullah, terkejutnya saya. Kalau meninggal sebab sakit tak mengapa. Tapi, cara arwah pergi menghadap Allah, Ya Tuhan.. Kalau aku jadi anak dia, sangat tak boleh diterima. Mintak jauh Ya Allah, lindungilah keluargaku dari sebarang kecelakaan.

Mati kerana dibunuh. Dibunuh. Leher dijerat dengan wayar telefon. Kaki dan tangan diikat dan mangsa dibiarkan terbaring dia atas katil. Suara radio dan televisyen sengaja dibiarkan kuat agar jiran sebelah tidak syak apa-apa. Ya Tuhan..

Walaupun saya tak pernah lihat arwah sebab dia dah bercerai dengan isteri dia yang berjiran dengan saya sekarang, tapi rasa simpati tu melimpah ruah. Plus, anak-anak dia rapat dengan saya dan adik saya. Lagilah kesian bila tengok wajah ceria yang dibuat-buat oleh anak-anak arwah. Disebalik lawak jenaka yang mereka cuba selitkan dalam perbualan kami tatkala kami sedang melepak, terselit jua garis duka sendu sedih kehilangan papa tersayang.

'Girlfriend arwah kata kalau arwah tanak kawin dengan dia, dia ugut bunuh.' - Mungkin itu suspek utama polis? Harap dapat tangkap cepat.

Sanggupnya. Manusia zaman sekarang begitu tegar. Melakukan perkara terkutuk sebegitu. Tak peduli apa perasaan orang tua, anak-anak mangsa itu. Perempuan pulak. Sanggup sial kau.

*aku tengah sedih ni, lagi-lagi tengok muka Fitri, namoak sangat cover sedih, sobs.

--

Saya pun macam nak kena tinggal dengan balak tapi lek la nyah, takyah bunuh-bunuh. TAK COOL LA YKNOW?!

Thursday, February 17, 2011

They call me Dev, I ain't your average b*tch.

You called me Dev. Go search for Booty Bounce lyrics.

Jangan salahkan saya kenapa saya berani mencarut dekat awak.
Jangan salahkan saya kalau saya dah terasa malas nak menaip meseej untuk awak.
Jangan salahkan saya bila saya dah tak rasa nak dial nombor awak.
Jangan salahkan saya sebab sekarang ni nak dengar suara awak pun saya tak sudi.

Jangan, jangan.

Mungkin awak betul-betul busy dengan kerja?
Mungkin awak marah pada saya tapi taknak ngaku dan kata "Saya okay je"?
Mungkin awak ada masalah & taknak share dengan saya?
Mungkin awak penat dan tak sangggup nak hadap saya yang emo sepanjang masa?
Mungkin awak terlalu sayang dan taksub kepada Travis Barker daripada Liyana Syahirah?
Atau, mungkin awak dah ada pengganti saya?

HA ye eh?

Sunday, February 13, 2011

Bangun. Mimpi sebulan dah habis.

OH ternyata selama ni semuanya mimpi jela kan? Hmm k, k. Aku tak ready nak tempuh apa jua kehilangan. Ini tak tipu. Lantak lah orang nak kata aku ni lembik ke, suka bagi orang ludah kat muka sendiri ke, apa je la. Deep inside, sape nak kehilangan orang yang dulu dibenci, tapi sekarang sayangnya dah completely tertumpah kat orang tu?

Kau ingat senang aku nak sayang kau? Kau ingat senang aku nak terima kau? Kau ingat aku ni kena ayat sikit je dah cair? Kau ingat aku ni jenis yang cepat sayang semuaorang? Sori bang, anda silap.

Tapi, fuyoh abang ni tak jemu-jemu lah nak mengayat. Tak jemu-jemu lah nak ucap sayang, kata cinta(dusta). Tak jemu-jemu nak buat orang sayang kat dia. & worst, tak jemu-jemu nak bagitahu orang tu.. 'You're perfect'. Lancau.

Kau dah buai orang tu dalam buaian kasih sayang kau, sekarang atas kesilapan yang tak disengajakan oleh orang itu, kau melenting lalu memandang enteng perasaan orang yang dikatakan begitu sempurna di mata kau. Heh-batnya manusia.

Sekarang ni takpe, 'Do whatever you want, saya terima sebab saya taknak kehilangan awak :'('. Kata orang yang malang tu.

Tapi, kau jangan terkejut kalau satu hari nanti, aku bangun dari mimpi dan berkata. "Do whatever you want. I don't give a fuck anymore. Cut your dick cause you're such a faggot."

Wednesday, February 9, 2011

Call-Me-Back

Walaupun takde credit, dial je *100#. Pilih 6 untuk Servis, dan tekan 5 untuk Call-Me-Back. Masukkan nombor awek, eh nombor penerima dan Terima kasih, permintaan anda akan diproses sebentar lagi. Jangan risau, Maxis sentiasa membantu awak untuk terus berhubung dengan awek, eh silap lagi. Teman awak.

Tapi sekarang inbox awek awak mana ada dah message, Sila hubungi saya di nombor 01......2

Ke.. Maxis dah rasa annoyed pastu banned servis call-me-back?

//

Harini rasa tak sabar nak masuk 'neraka MJ'. Taktahu la kenapa. Maybe sebab orang tu cuti makanya saya rasa seperti nak dapat 'kejutan' tetiba ada orang cak dari celah seluar Smalto. Ingat awak nak datang. Mata tak lepas asyik pandang escalator, kejap kang toleh entrance dekat Alain Delon pulak. Bila dah masuk pukul 5 petang. Saya dah putus asa nak mengharap. Nak keluar pergi break pun sempat lagi berangan konon bila saya keluar nanti ada muncul orang yang dinanti. Tapi? Hampa lagi.

Nak pergi Mutiara Damansara bukan susah. Metro 99 kan ada. Mungkin cuti tu bukan untuk aku? K nyah, mak ngerti kok.

Tuesday, February 8, 2011

Ini baru 'Aww'






Bobak : Eh *khinzir* gila mamat tu. Nak kena call ni.

Dinie : Panas pulak aku dengar ni, Yan. Lagi sekali dia buat taik, siap ah dia. Berani usik adik aku.

LALALALALA apa boleh buat, dah ada orang sayang :D

Ala, bukan nak membajet. Cuma nak cakap, bila gua ada masalah dengan setan-setan berjantina lelaki, mereka siap sedia membantu/mencarut sekali. Muah muah. NAK TIKET WAYANG PREEEE YE ABANG-ABANG GSC ;)

Saturday, February 5, 2011

#hanyut

Couldn't believe what you just said. Damn shocked. Ain't that ready to face how my lifeless life could be without you. Sumpah jangan bilang begitu lagi. Selamat hari ke-30 baby.




Ya, tahu. Yang pertama sentiasa special dalam hidup. Dah kata yang pertama. Yang kedua, walau manis macamana pun still can't beat the first one. Yang ketiga ni.. Entah. Still ada harapan nak jadi macam yang pertama tak? Boleh ke saya?

- Hanyut by Faizal Tahir best!

Thursday, February 3, 2011

Gotta talk to you now, before we go to sleep

Tak bermaksud nak jadi jiwang, malangnya aku terpaksa. Dan bertambah malang lagi, bila si dia sebenarnya lagi sibuk mengambil order pelanggan-pelanggan di Chilis daripada duduk menghadap blog busuk berkulat aku ni. Kat blog ni je la tempat aku nak mengadu, mengada etc. Ala, lagipun blog ni bukan best. Baik online pastu pergi hadap porn. Ngeh, lelaki. Aku memang annoying, ketua segala para pengikut emosial. Dah pernah diberitahu aku ni susah nak jaga. Sape suruh kau nak aku gak. Sekarang aku dah sayang kau separuh mati, jangan berani berani mau 'easy come, easy go' haa.



Malas repek panjang, anniversary sebulan dah dekat. Jangan lupa sayang ya, sayang?


And we will sleep, once I tell you what's hurting me.



Tuesday, January 25, 2011

Bencinya saya

Bila dua hati menjadi satu, indahnya rasa. Betul, tak tipu.

Tapi indah lagi rasanya bila hati kita tak berapa nak bercantum. Cuma rapat je. Seolah-olah hati saya akan berada dekat dengan hati awak setiap masa. Maksud yang jelas, kawan rapat/future teman. Nak ucap 'I Love You' pun malu-malu kucing lagi. Mampu bagi hint je la. Contohnya, 'Erm, I happy sangat dapat kenal dengan you.' Dansebagainya. Maka, kedua hati tersebut semakin kembang kuncup. Bahagianya dunia, bila dicurahkan dengan kata-kata manis. Kalau boleh sepanjang masa nak berkepit dengan handphone. Pergi mandi pun nak bawak handphone. Takut si 'buah hati' call, takpun baca inbox banyak kali. Kalau sehari tak baca, emph tak lengkap hari. Tak jemu. Takkan. Sambil tersengih senang. Macamtu punya desperate pun ada.

....

Masalah saya sekarang ni, bila dah bercantum hati kita, saya rasa sedih sangat bila awak tak ada.

'Dulu I sanggup call dia pakai public semata-mata nak dengar suara dia walaupun dia cakap Hello je.' OK PATAH HATI GUA DER :/




# Dah la takut nak tidur malam ni tadi gatal pegi tengok cite Khurafat sape nak teman :'(

Friday, January 14, 2011

Been busy.

Hi, maaf sebab dah lama tak update blog. Tumblr also!!! Dah bersarang dah dua laman so-sial ni. Rindunya laptop usang Acer. Ingatkan mama beli pc, laju la internet. Rupanya lagi la macam celaka. Ya mekaseh, mekaseh -.- now I cannot berso-sial, merepek di blog dan http://liyanasyahirah.tumblr/lagi.

So, yeah ni dialog saya hari-hari. Bosan gila!

Hi good afternoon, evening sir.
Having here or take away?
Your menu Sir/Miss/Ma'am. We have some new items here.
This is our tea time promotions.
Are you ready to order?
May I repeat your order?
Enjoy your meal.
Thank you, come again!

KENA HAFAL OK WATEHEL?!

Tak perlu la nak cerita lagi saya kerja apa. Cuma bila dah dua hari kerja baru teringat tempat kerja yang menyakitkan kaki saya kena berdiri 7 jam hari-hari ni sama company dengan ex crush kerja dulu. Ngeh, menyambung legasi ex-crush yang perangai macam haram nasib baik tak jadi buat laki. Like OMG sakit hati everytime tengok Indulgence. Satu, sebab dapat tengok depan mata je bila customer beli. Nak masuk perut sendiri rasa tak mampu walaupun staff dapat 25% discount. Telan liur yang meleleh jelaa. Second sebab hmm teringat si tak guna tu, eh tak baik. Si ex crush tu dulu setiap weekends dah bungkuskan Indulgence untuk saya sebab dah janji nak jumpa every weekends. Nak dating la konon rindu. Padahal, tengah bergayut dengan awek masa kitaorang 'dating' tu, huh.

Malas nak ingat lagi so kerja je la walaupun terpaksa tahan nafsu tengok customer makan sedap depan mata. Kita setakat hantar dan pandang dari jauh amik bau je boleh la :( Walaupun penat nak mampus kaki diri 6 jam tolak 1 jam break, rules kerja ketat gila boleh bunuh orang Jam pun tak dibenarkan -.- ok tu mana punya rules kau angkut ah? -_____- balik lambat, pukul 12 baru sampai rumah dengan lapar kebulurnya. No time for this, no time for that. Lesen terbengkalai tah bila nak study untuk komputer test. Staffs semua foreign tapi baik gila, friendly gila nasib baik tak gatal gila. Ok lantaaaaaaaaak, kena workhard gila babs peduli sakit sana sini lupakan penat segala because...

http://galaxieblog.com.my/blog/permalink.asp?id=3986

lihat sendiri lah, bye bye for now.


AHH, Welcome to Secret Recipe, The Curve Mutiara Damansara ;)

Tuesday, January 4, 2011

'I do!'

Midvalley. Yesterday. KakBaby. Punker. & Chilis Restaurant.


Damn sweet la you, punker.




and today, Jan 5th 2011, he asked, my answer was.. I do!


*Punker, thanks bagi pinjam MP3!

Saturday, January 1, 2011

this is just the beginning

Hi people! Oh bytheway, Happy New Year 2011 everibadi. 2011, you better be good, nice to me. I want to be a better person next year. I want a happy, lovely, peaceful life blabalbalala....source: tumblrrrrrr.
Padahal semuanya dah ditentukan oleh Yang Maha Esa, kita hanya mampu mengharapkan yang terbaik je la kan? Betul tak?

So yeah, I pergi holiday dekat Penang haritu. Mmm, Penang was'nt that bad. Yang best gila cuma pasembor jela. Gila terbaik makan hari hari pun tak jemu, sumpah! Tapi mahal la so tak boleh nak makan hari hari abah kata -.- ngeh. Unfortunately, I don't really like berjalan-jalan kat pantai, tepi laut. Dunno why everytime I tengok laut I feel like I tercampak kat tengah tengah tu. In fact, I enjoy eating melantak kat semua kedai yang ada kat Penang tu. Taknak miss satu kedai pun sbb tah orang kata Penang ni tempat paling best nak melantak. Nasi kandaq, char kuey tiaw, pasemboq mamu buat naa. Plus, anak mami lawa gila bersepah kat Komtar. Sukanya dengar bahasa diaorang, unik gila. Tapi bahasa indonesia always on top ah :D

Gambar pun takde la yang best. Ni je yang ada..almaklumlah, kamera saya canon biasa jer. Bukan dslrhebatgila.



Mama, sila senyum. Kita sedang bergambar.

Abah & adik dah suka jadi camwhore pulak akhirakhir ni :O


Ni je yang dia mampu.


...end of 2010!!!!

So yeah, I am done with you & you. Seriously, I need a break. I'm tired being your 'sparepart', bila nak, cari bila taknak, mampus lupa terus. Penat nak jadi tempat yang sering diludah kau. Aku je yang setia duduk kat sini tunggu kau nak jilat balik ludah kau. Sebab aku tak boleh nak buang kau jauhjauh walau mcmana sekalipun kau ludah aku. Sebab apa? Sayang.. Tapi tu dulu. Sekarang kau dah ludah jilat ludah jilat, lepasni jangan mimpi nak buat benda sama lagi.

Jijik betul!